Trip ke Air Terjun Susung @ EPIC ( Jurassic World of Sarawak)
![]() |
JURASSIC WORLD OF SARAWAK, SUSUNG WATERFALL |
Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Di harap semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu.
Oh ya! Lama sudah saya tidak bersiaran kan.
Untuk siri perkongsian pada hari ini, saya ingin kongsikan mengenai mengenai trip saya ke Jurassic World of Sarawak iaitu ke Kampung Semban Lama dan Susung Waterfull
Day 1
Trip ke Kampung Semban Lama. Dam Bengoh - 'Jurassic World of Sarawak',
permata tersembunyi di Padawan. Oleh itu, jika anda ingin mencari ketenangan
seperti saya dari bandar yang sibuk pada hari kerja / hujung minggu ini, mengapa
tidak melawat Jurassic World of Sarawak dan biarkan keajaiban Alam semulajadi
menenangkan fikiran anda!.
Tertiba aku fikir kami berada di satu dunia yang hanya ada kami
bertiga bersama tottt....tottt......Macam dalam filem yang 3 sekawan pergi ke
satu Pulau yang tiada penghuni dan pada malam itu.... mereka telah diserang
oleh....totttooooott... hahahahah... namun saya tidak bercerita dan membuka
mulut apa yang ada di fikiran ku sepanjang malam itu.
Setelah selesai menghadiri
Sesi Perasmian Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia di Semongok,
saya membuat keputusan untuk terus pecut ke Begoh Dam.
![]() |
DAM Begoh, Muka exited nak naik Bot |
Bengoh Dam
Perjalanan
dari Kuching mengambil masa 50 minit ke sejam dari bandar Kuching. Setelah
menaik bot selama 20 minit kami bertiga membuat keputusan untuk bermalam di Kampung
Semban Lama, Kampung yang telah lama tidak ku pergi.
![]() |
Muka masih berseri-seri dan semangat sebelum hiking Geng Keras dan kaki jalan (last trip kami ke MIRI) |
Kampung Semban pada masa
dulu merupakan kampung Bidayuh tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud
sejak 300 tahun yang lalu. Penduduk kampung ini meneruskan tradisi masyarakat
Bidayuh seperti menanam padi dan lada hitam sekaligus menjadikan ia sebagai
sumber pendapatan dan juga keperluan sendiri.
Kampung Semban lama adalah tempat
asal usul dimana kampung wanita gelang bidayuh tinggal sebelum mereka berpindah
ke BRS ( Penempatan Semula Bengoh) Kampung Semban Lama, menurut rakan baik kami
selaku tourist guard kami pada hari itu, perjalanan kami memerlukan 1 jam hiking
untuk sampai ke kampung. Kami bertolak jam 5pm dari tebing
empangan dan hanya sampai ke kampung jam 7pm. Dalam perjalanan, kami terpaksa
mengunakan lampu suluh dari telefon bimbit. Cabaran bagaimana pula? Hanya mereka
yang naik bersama akan merasakan kenikmatan dan ketabahan di hati... hihihii...
nak merasa, ikut la naik lain kali.
![]() |
Helong kata 1 jam, dah 1 jam perjalanan, kenapa tidak sampai lagi?? HUHUHUHU |
![]() |
Penat sangat dah... duduk je kat lantai... kena kumpul tenaga untuk teruskan perjalan |
Setelah 2 jam perjalanan naik bukit (hiking) sampailah kami ke Kampung Semban, hari sudah
gelap dan malam itu, kami hanya ditemani oleh suara cengkerik dan bunyi burung.
Kampung Semban Lama masih mempunyai sekitar berpuluh-puluh buah rumah yang tanpa
berpenghuni...
![]() |
Rumah Abang Helong (Jai), yang cukup selesa dan serba lengkap untuk kami berteduh malam itu |
Kami bersyukur kerana kami mempunyai
penginapan yang sangat lengkap di rumah lama Helong yang telah ditinggalkan
bersama rumah-rumah yang lain tanpa penghuni. Namun, apa yang menarik adalah
mempunyai keperluan asas yang cukup untuk kami masak nasi, masak air dan
panggang-pangan makanan yang telah kami bawa walaupun ada satu lagi beg plastik
makanan tin kami terlupa dalam kereta.
Namun, kerana terlalu penat naik bukit turun bukit, pada malam itu, kami tidur awal selepas selesai makan malam dengan alasan, tenaga perlu dikumpul untuk kami ke Jurassic World yang saya impikan dan kena pergi selama ini.
Sepanjang malam, kami tidur dengan sangat
nyenyak tanpa menyedari kayu api yang kami guna untuk masak-masak semalam tidak
dipadam dan kayu api terlalu panjang sehingga sedikit ruang dapur hampir
terbakar.
Perkara ini hanya saya sedari apabila saya bangun ke tandas jam 4
pagi. Kami mendapat tidur dan rehat yang cukup pada hari
pertama.
Apa terjadi selepas itu??
Ok la, untuk episod seterusnya saya share lagi apakah kisah seterusnya untuk hari ke 2 kami ya...
Comments
Post a Comment