Rahsia Kulit Wajah Tampak Muda Di Usia 40-an

 Rahsia Kulit Wajah Tampak Muda Di Usia 40-an

 Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Diharap semuanya okey-okey sahaja ya. Kak Awin masih sihat seperti hari hari yang lepas. Sihat dan bahagia selalu. Dalam hidup ini kita kena tenang dan ceria ceria selalu. 


Untuk siri perkongsian kali ini, Kak Awin ingin kongsikan Rahsia Kulit Wajah Tampak Muda Di Usia 40-an buat follower yang Kak Awin sayangi. Terima kasih Untuk follower yang sudi membaca perkongsian Kak Awin sebelum ini, semoga perkongsian Kak Awin dapat memberi manfaat buat semua. 

Apabila Usia Memasuki Angka 40-an



Ketika Berusia 40 an, kulit muka mula menunjukkan beberapa perubahan -
kulit muka  mula kering, berjeragat dan berkedut

Apabila usia memasuki angka 40-an apa yang boleh Kak Awin simpulkan, kulit muka kita akan mula menunjukkan beberapa perubahan ketara. Antara perubahan pada kulit wajah ketara yang biasa berlaku contohnya, kedutan di bahagian sekeliling mata, bahagian bibir, kawasan dahi, jeragat dan tompokan gelap. Keadaan kulit wajah semakin merosot dan semakin berkurangan apabila usia kita semakin meningkat. 

Tetapi, itu semua bukan masalah yang serius dan Kak Awin rasa kita tak perlu untuk berasa risau secara berlebihan. Ini kerana masalah kulit wajah masih boleh diperbaiki dengan beberapa cara bagi mengurangkan kesan penuaaan yang berlaku. 


Cara Mengurangkan Kesan Penuaan Pada Kulit Wajah

Apabila timbulnya garisan halus dan kedutan pada kulit wajah, ini adalah salah satu tanda proses penuaan yang sedang berlaku pada kulit wajah kita. Sebenarnya apabila keadaan ini berlaku, ianya menjadi kebimbangan buat kaum wanita. 

Ya betul, ramai yang mula gelisah dan tak senang duduk apabila kulit wajah mula menunjukkan tanda tanda penuaan. Tak perlu bimbang kerana ada cara untuk kita mengurangkan kesan penuaan pada kulit wajah. Kak Awin kongsikan cara cara yang boleh anda cuba;


Amalkan Rutin Cuci Muka 

Kena rajin cuci muka. Muka kita ni kena bersihkan selalu. Jika malas untuk bersihkan muka boleh menyebabkan masalah kulit kering, kusam dan paling cepat timbul garis-garis halus. 

Sebenarnya kulit wajah kita terdedah kepada sisa kotoran dan juga habuk yang boleh menjadi penyebab kepada pori-pori tersumbat. Apabila ini berlaku, masalah kulit akan terjadi dengan mudah dan melarat jika terus dibiarkan. Bagi mengelakkan kulit wajah kita ini mengalami masalah penuaan yang cepat, pastikan kita rajin membersihkan kulit wajah setiap pagi dan malam supaya kulit wajah kita lebih sihat dan segar bermaya

 

Gunakan Krim Malam Dan Juga Serum

Waktu malam adalah masa yang sangat sesuai untuk kita menggunakan produk penjagaan kecantikan kulit. Ini kerana pada waktu malam,apabila kita menggunakan produk kecantikan, bahan yang terkandung dalam produk kecantikan mudah diserap oleh kulit dan dapat berfungsi dengan baik untuk membantu menjana semula sel kulit

Bagi mengekalkan wajah awet muda, kita perlu memilih produk penjagaan kulit wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah dan pastikan ianya bukan produk yang memudaratkan kulit. Jangan lupa gunakan serum wajah dan juga krim malam untuk mendapatkan kulit yang sihat

Lakukan Skrub Wajah

Untuk wajah yang awet muda, jangan lupa lakukan skrub pada kulit muka satu atau dua kali seminggu menggunakan produk pengelupasan yang lembut pada kulit wajah. Elakkan menggunakan produk pengelupasan yang kasar kerana ianya boleh merosakkan kulit wajah. 

Apabila kita rajin melakukan skrub pada wajah, pengelupasan akan berlaku sekaligus dapat  membuang sel kulit mati yang menyebabkan kulit kita kelihatan lebih kusam. Apabila sel kulit mati di buang, sel kulit baru akan tumbuh dengan baik dan menjadikan kulit wajah semakin sihat, lembut dan bersih

Sentiasa Gunakan Krim Mata 

Bila usia  semakin meningkat, bahagian sekitar kawasan mata akan mudah mengalami perubahan.

Garis garis halus akan mula kelihatan. Oleh kerana itu, kita perlu gunakan krim mata supaya dapat menghilangkan garis halus dan lingkaran gelap di bawah mata.  

Pilihan krim mata yang sesuai sangat penting untuk kita dan pastikan krim mata yamg kita pilih mengikut jenis masalah kulit di sekeliling mata kita. Penggunaan krim mata secara konsisten dapat menjamin kelembapan di sekitar kawasan mata menjadikan kulit di bahagain sekitar dapat dirawat dengan baik. 

 

Rajin Pakai Face Mask

Pemakaian face mask dapat membantu dalam memberikan kelembapan dan membaik pulih kulit wajah.  Ianya menjadikan kulit tampak lebih sihat dan segar apabila pemakaian dilakukan secara konsisten. Kak Awin sendiri mengamalkan pemakaian topeng muka berselang seli bagi membantu merangsang kulit wajah menjadi lebih sihat.  

Proses Penuaan Kulit Wajah Satu Proses Yang Tak Dapat Dielakkan 

Bagi Kak Awin sendiri, proses penuaan kulit wajah adalah satu proses yang kita tak boleh nak elakkan. Semua wanita bakal melalui proses ini apabila tiba waktu dan ketika. Namun Kak Awin punya cara tersendiri untuk bagi membantu melambatkan proses penuaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat baik dari segi pemakanan dan juga senaman.

Hidup kenalah ceria dan bahagia, selalulah tersenyum dan elakkan diri dari tekanan. Jangan lupa tidur yang cukup turut memainkan peranan penting untuk kulit wajah tampak muda sentiasa. Paling penting dan yang selalu Kak Awin amalkan, pastikan minum air putih secukupnya sekurang kurangnya 8 gelas sehari bagi meningkatkan kelembapan pada kulit

Terima Kasih Sudi Baca Coretan Kak Awin

Kak Awin rasa rasa cukup dulu tulisan Kak Awin untuk kali ini. Kita berjumpa lagi untuk coretan yang akan datang dengan tajuk yang lain pula.


Terima kasih semua follower yang masih lagi setia membaca coretan Kak Awin. Kak Awin harap semoga perkongsian Kak Awin berkenaan Rahsia Kulit Wajah Tampak Muda Di Usia 40-an sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat semua pembaca yang sudi singgah kat blog Kak Awin. Salam ceria dari Kak Awin buat anda semua. Semoga anda semua dalam keadaan ceria dan tenang sentiasa. Jumpa lagi semua! 

 

Comments

Popular Posts