Percapaian Dan Anugerah serta sumbangan Awaeang Anak Kwasin

Pencapaian Dan Anugerah Serta Sumbangan Awaeang Anak Kwasin

Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Di harap semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu.

Oh ya! Untuk siri perkongsian pada hari ini, saya ingin kongsikan mengenai pencapaian dan anugerah serta sumbangan saya kepada masyarakat. 

AWEANG KWASIN - Malaysia Top Achievers 2019

 

Visi Dan Misi Awaeang Anak Kwasin

Sebelum saya kongsikan pencapaian dan anugerah yang pernah saya terima, saya ingin kongsikan visi utama saya iaitu menjadikan jenama Nang Ori pilihan no 1 di persada dunia yang membawa keceriaan pada tahun 2027

Misi saya seterusnya adalah untuk terus terbang tinggi dan melebarkan sayap di Malaysia dan ke pringkat antarabangsa dengan memberi fokus pada pembekalan dan juga perkhidmatan. Inilah visi dan misi saya. Semoga impian saya tercapai lebih cepat dengan doa dari kalian. 


Pencapaian Dan Anugerah  Yang Diterima Awaeang Anak Kwasin

Kita berbalik kepada pencapaian saya sepanjang berkecimpung dalam bidang yang saya sukai ini. Antara pencapaian yang pernah saya dapat;

- Johan Usahawan Sarawak SSM 2018.

- Anugerah Malaysia Top Achievers 2019 (Spice Manufacturing).

- Anugerah Malaysia Good Design Award 2019.

- Anugerah Usahawan Aktif Dan Kreatif PKS.

- Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020 (APDN).

- Finalis Kategori Usahawan Dinamik (PKS) ADPN 2020.

- Anugerah New SME LOTUS'S 2021.

- Anugerah Usahawan Cemerlang MARA 2022.

- Anugerah Khas : Best Agricommodity Micro, Small and Medium Enterprise (MSME) of the Year (sektor lada).


Design PEK 5 in 1 Lada Sarawak ( Sarawak Peppers) Nang Ori
yang telah memenangi Malaysia Good Design Award 2019


Awaeang Kwasin memenangi Anugerah Malaysia Top Achievers 2019
untuk Kategori Spice Manufacturing 




Inilah sedikit sebanyak pencapaian dan anugerah yang saya terima sepanjang pembabitan saya. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada anda semua di luar sana untuk terus maju ke hadapan. Jangan berhenti melangkah. Teruskan sehingga anda berjaya memggapai impian. 

 

Pengalaman Peribadi Awaeang Anak Kwasin

Saya juga ingin kongsikan serba sedikit pengalaman peribadi saya dalam bidang ini buat tatapan dan bacaan follower saya yang saya sayangi. Berikut adalah pengalaman peribadi saya sepanjang berada dalam bidang ini. 

 - Pengarah Urusan

Agensi Pekerjaan Medo Sdn Bhd

2005 - 2018 

- Pengarah Urusan 

Camtop Bersatu Sdn Bhd 

2010 - 2022

- Pengasas Jenama Nang Ori

Joeyees Trading Sn Bhd

2016 -Semasa

- Anggota Lembaga Pengarah Lembaga Lada Malaysia

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

-Ahli Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita Komuniti MARA Wakil Profesional III (Wakil Sarawak)

- Pemborong, pengeksport dan pengeluar produk dari Borneo seperti lada Sarawak, minyak kelapa, gula apong dan pelbagai produk hasil dari bumi Sarawak.

 

DBNA Klang Valley

- Bendahari

Dewan Usahawa Bumiputera Sarawak

-       -Ahli Jawatankuasa 

International Entrepreneurs Chamber Malaysia

-       - Timbalan Ketua Wanita

Persatuan Alumni SMK Penrissen No 1

-       - Bendahari

 

Sumbangan Yang  Telah Diberikan Oleh Awaeang Anak Kwasin 

Bila bercerita mengenai sumbangan yang pernah saya berikan kepada kepada masyarakat , saya sangat teruja dan gembira sebenarnya apabila dapat sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada pihak pihak yang memerlukan bukan sahaja di tanah kelahiran saya malah di seluruh Malaysia. Melalui bidang yang saya ceburi ini saya dapat memberi khidmat bakti buat masyarakat dan ini sangat menggembirakan saya. 

 

Antara sumbangan saya kepada masyarakat;

Misi Bantuan Gelandangan 2019 di Kuala Lumpur yang pertama 


 - Memberikan pendidikan SKM (bidang pengurusan pejabat) selama setahun secara percuma kepada 12 orang anak Orang Asli di Puchong. 

- Menjadi Vendor produk PKS di Pasa raya AEON seluruh Malaysia.

- Membantu 5000 orang usahawan Nang Ori dan berjaya mambangunkan 50 orang usahawan secara dalam talian berdaftar secara sah dengan SSM.

- Menjadi perunding di bawah MARA untuk pembangunan produk dalam membantu usahawan IKS bagi membimbing mereka untuk memasuki pasar raya besar di Malaysia seperti AEON, LULU dan Mydin.


Awaeang Kwasin merupakan Penceramah untuk Kursus Road to Hypermarket
anjuran MARA Sarawak 

`

Awaeang Kwasin merupakan Penceramah untuk Kursus Road to Hypermarket
anjuran MARA Sarawak - Gambar kenangan Hypermarket Mydin

- Pemborang Lada Sarawak terus daripada pekebun pekebun kecil Lada Sarawak di kawasan Kuching, Bau, Lundu, Serian, Sri Aman dan Sibu. 

- Panel dan Jururunding untuk beberapa program Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Misi Bantuan Gelandangan 2019 di Kuala Lumpur.

- Bantuan peralatan dan gotong royong di Masjid Miri, 2020.



Aktiviti Gotong Royong bersama penduduk kampung


Kenangan Bersama Team Mami Lumah sempana Gotong Royong 
dan Bantuan Peralatan 


Bantuan peralatan dan gotong royong di Masjid Miri, 2020.

- Gotong royong mengecar Gereja St Joseph Miri, 2020

Gambar kengangan bersama team Nang Ori Dan EPM Miri sebelum sesi gotong royong
 

Gotong Royong mengecat Gereja St Joseph Miri 2020 bersama Team Miri dan Sarawak

-Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 13 Sep  2022 berjaya mengumpul 61 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 30 Jan 2021 berjaya mengumpul 73 beg darah

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada24 April 2021 berjaya mengumpul 53 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 31 Julai  2021 berjaya mengumpul 82 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 30 Oct 2021 berjaya mengumpul 54 beg darah.

 -Kempen CSR Bantuan Makanan 70 penerima Food Basket Nang Ori  pada 16 Oct 2021

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 30 Jan 2022 berjaya mengumpul 61 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori bersama Hospital Sarawak pada 8 May 2022 berjaya mengumpul 73 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori Bersama Hospital Sarawak pada 31 Julai 2022 berjaya mengumpul 58 beg darah.

 -Kempen CSR Derma Darah anjuran Nang Ori Bersama Hospital Sarawak   pada 27 Nov 2022 berjaya mengumpul 74 Beg darah.

 

Gambar bersama petugas dari Hospital Besar Sarawak sempena
 Kempen Derma Darah Nang Ori

84 yang tampil menderma dan 61 beg darah berjaya dikumpul
bersamaan 183 nyawa boleh diselamatkan

Untuk kali ini, ini sahaja yang dapat senaraikan sedikit sumbangan dari saya buat tatapan pembaca. Jika berkelapangan di lain masa saya akan bercerita lagi berkenaan sumbangan kemasyarakatan dari pihak saya. Tunggu coretan mengenai sumbangan saya yang akan saya tulis di masa akan datang. 

 

Coretan Dari Saya Berakhir Di Sini Untuk Kali Ini

Ok rasanya sudah panjang saya menulis pada kali ini. Sedar tidak sedar mata saya sedikit mengantuk sekarang ini. Saya perlu rehat seketika untuk lebih bertenaga dalam menjalankan tugas tugas yang diamanahkan untuk saya. Semoga kita bertemu lagi di coretan yang akan datang. Terima kasih lagi sekali kerana sudi membaca coretan panjang dari saya Awaeang Anak Kwasin. Sehingga bertemu lagi nanti. Salam buat semua follower kesayangan saya. Semoga terus sihat sejahtera dan tenang selalu. 

 

Comments

Popular Posts