Kenali Awaeang Anak Kwasin, Saudagar Lada Sarawak
Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Di
harap
semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu.
Oh ya! Untuk siri perkongsian pada hari ini, saya ingin kongsikan mengenai latar belakang saya Awaeang Anak Kwasin buat follower yang saya sayangi. Bagi yang belum mengenali saya, kalini saya perkenalkan diri saya secara lebih detail buat anda semua.
Siapa Awaeang
Anak Kwasin
![]() |
Awaeang Kwasin, Saudagar Lada Sarawak Nang Ori dari Kebun ke Ke Persada Antarabangsa. Kini lebih senang dikenali dengan gelaran Ratu Lada |
Kalian boleh panggil saya dengan panggilan Awin. Lebih mesra gitu kan? Ok berbalik pada latar belakang saya. Saya beketurunan Bidayuh dan berasal dari Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo, Kuching, Sarawak.
Saya
dilahirkan dalam keluarga petani yang mengusahakan tanaman lada. Jadi sejak
kecil saya telah terdedah dengan pertanian lada. Saya telah berkahwin dan
mempunyai lima orang anak.
Latar Belakang Pendidikan Awaeang Anak Kwasin
Untuk sesi
perkenalan bersama follower saya, saya mahu kongsikan juga mengenai latar
belakang pendidikan saya bermula sekolah rendah hingga ke peringkat lebih
tinggi.
Saya
mendapat pendidikan awal di SRB Chun Hua Batu 15 bermula darjah
1 sehingga 3 dan SRB Chung Hua Batu 10 dari darjah 4 tahun 6 sebelum menyambung
pelajaran sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen No.
1 dari tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 3. Saya fasih berbahasa Mandarin dan Hakka.
Setelah itu saya telah menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik Kuching dalam bidang perakaunan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan.
Awaeang Anak Kwasin Anak Petani
Saya dilahirkan dalam keluarga petani . Sejak kecil saya sudah biasa dengan pelbagai lebih-lebih lagi penanaman lada Sarawak dan ianya sebati dengan hidup saya sekeluarga. Kami adik beradik sentiasa cuba untuk membantu keluarga kami dengan menjual tanaman dan juga hasil hutan yang kami dapat di Pasar Minggu Satok. Rutin menjual hasil tanaman dan hasil hutan ini belanjutan sehingga saya berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat Diploma Perakaunan.
Sebenarnya apabila
saya menjual hasil tanaman dan hutan, ianya secara tidak langsung telah
mendedahkan saya kepada selok belok perniagaan sejak saya kecil lagi. Ini
sedikit sebanyak menjadikan diri saya lebih berpengalaman dan bersemangat dalam
bidang ini dan saya sangat menyukai cabang perniagaan yang saya mulakan sejak
kecil.
![]() |
Awaeang bersama ibu sedang menjemur lada Sarawak yang baru dipetik. |
Jangan Malu Jadi Anak Petani
Jangan malu jadi anak petani. Saya sendiri rasa syukur dilahirkan sebagai anak petani. Menjadi petani bukan profesion yang tabu tapi ianya satu bidang kerja yang cukup menyeronokkan. Lebih lebih lagi dari segi hobi, keseronokan dan juga kewangan. Ya! Banyak kelebihan bila bergelar petani sebenarnya cuma kita yang kadang kadang malu bila berbicara bab petani. Jangan kita tak tahu, petani ni sebenarnya dapat menghasilkan wang yang banyak jika kena pada caranya. Petani moden.
Bertani bukan sahaja boleh menghasilkan wang tapi banyak faedah lain yang boleh diperolehi melalui pertanian antaranya:
Menikmati
Keindahan Alam
Hasil
Pertanian Boleh Dimakan Sendiri
Hasil pertanian boleh dimakan sendiri. Bukan hanya untuk jualan, hasil pertanian boleh dijadikan sumber makanan seisi keluarga. Jika si petani menanam padi contohnya, tidak perlu lagi untuk membeli beras yang mahal. Cukup dengan mendapatkannya dari hasil tani yang dikerjakan. Jika si petani menanam sayur sayuran, tidak perlu lagi membeli sayur sayuran jika sudah ada tanaman sayur yang boleh dipetik sendiri untuk dimasak. Jadi si petani boleh berjimat dari segi beras dan juga sayur sayuran untuk mereka seisi keluarga dan menjual lebihan sayuran kepada orang lain.
Menghasilkan
Pendapatan
Memang tidak dinafikan salah satu sebab menjadi petani adalah untuk menghasilkan pendapatan. Terutamanya masyarakat petani di kawasan luar bandar yang mungkin satu-satunya profesion yang boleh dilakukan. Jika konsisten dan sabar, pendapatan hasil pertanian agak lumayan dan berbaloi dengan hasil kerja yang disahakan petani. Ramai penduduk kampung di Ulu Krang hanya menanam lada Sarawak sebagai pendapatan utama mereka.
Kerajaan pada masa sekarang turut memberi perhatian kepada petani. Ini termasuk menggalakkan sosialisasi kaedah pertanian yang betul dan produktif. Malah kerajaan turut memberikan bantuan dan subsidi dengan pelbagai kemudahan untuk petani bergerak lebih maju.
Bertani
Dapat Meningkatkan Kecergasan Dan Imuniti
Perkara ini ramai yang tidak tahu. Petani biasanya terdedah dengan cuaca panas di kebun dan kawasan pertanian. Sebenarnya pendedahan kepada cahaya matahari mengandungi vitamin D yang baik untuk kesihatan dan imuniti tubuh manusia cukup bagus untuk petani. Ini menjadikan kebanyakan petani mempunyai badan yang cergas walaupun pada usia lanjut dan sesetengah petani jarang diserang penyakit berbahaya seperti kencing manis dan kolesterol tinggi.
Ini
kerana dengan bertani, badan kita akan muda berpeluh tetapi tidak disertai
dengan keletihan yang melampau berbanding dengan bersenam, jika terlalu banyak
akan sangat memudaratkan jantung. Jadi, anda semua tidak perlu terkejut jika
masih ramai petani yang hidup lebih lama daripada kebanyakan orang di luar
sana.
![]() |
Inek adalah nenek dalam Bahasa iban. Inek sudah berusia 87 tahun tetapi inek masih kuat dan langsung tidak mempunyai penyakit malah mata inek masih jelas. Inek membuat semua kraftangan dari rotan dan buloh tanpa menggunakan cermin mata.
Awaeang
Anak Kwasin Pengasas Jenama Nang Ori
Saya adalah pengasas kepada jenama Nang Ori. Saya juga lebih dikenali sebagai saudagar lada Sarawak dengan gelaran "Ratu Lada". Saya mempunyai sebuah syarikat iaitu Joeyees Trading Sdn Bhd, syarikat yang nenjalankan kegiatan memborong dan mengeksport lada Sawarak.
Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan wanita Dayak Bidayuh pertama yang diberikan lesen dalam perniagaan memborong dan mengeksport lada Sarawak yang terkenal dan terbaik di dunia yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia bagi pasaran di Malaysia dan juga di Antarabangsa.
Joeyees Trading Sdn Bhd turut menjadi pembekal utama produk usahawan kecil dan sederhana di seluruh Malaysia untuk dipasarkan di pasaraya besar AEON. Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan golongan usahawan yang bekerjasama dengan saya kerana saya membantu mereka dalam memasarkan produk mereka di AEON.
Terima
Kasih Sudi Membaca Coretan Dari Saya
Oh tanpa saya sedar, sudah agak panjang juga saya menulis kali ini. Cukup dulu cerita saya untuk kali ini ya. Kita akan sambung semula dengan cerita seterusnya nanti. Semoga kalian semua berpuas hati dan tertunggu tunggu cerita inspirasi dari saya melalui penulisan akan datang. Saya mengharapkan agak follower saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan kita berjumpa lagi di masa akan datang. Terima kasih semua, di atas kesudian meluangkan masa membaca coretan dari saya. Jumpa lagi! Salam sayang semua dari saya untuk anda.
Comments
Post a Comment