DEDAH RAHSIA – LADA SARAWAK BERKUALITI DUNIA!!

DEDAH RAHSIA – LADA SARAWAK BERKUALITI DUNIA!!

Penulis: Puan Awaeang Kwasin

            
Salam bersua kepada follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan Salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Diharap semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu.

Owh ya, untuk siri perkongsian hari ini, hati rasa tak sabar-sabar nak berkongsi info kepada followers untuk merungkai satu misteri yang tak terjawab bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Misterinya apa yang BEST sangat kat Lada Sarawak sehingga negeri luar mengagung-agungkan tanaman ini?

WORLD CLASS BLACK PEPPER IS FROM SARAWAK..satu pengiktirafan yang tertinggi untuk lada keluaran dari Sarawak.

Nak bongkarkan RAHSIAnya, saya mulakan dengan satu FAKTA yang PASTINYA AMAT SUSAH DISANGKAL RAMAI ORANG IAITU Lada Sarawak bukan sahaja SEMULAJADI SEDAP dari segi rasa dan pedasnya malah KEUNIKANNYA TAK TERTANDING pun oleh mana-mana negara pengeluar yang lainnya.

Di sini saya mendedahkan RAHSIA kenapa Lada Sarawak berkualiti dunia adalah di dalam “PROSES MENGHASILKAN LADA ITU SENDIRI”

Mula-mula, proses nak hasilkan lada tu kita mulakan dengan pembersihan kawasan. Kita buat busut dan letakkan sedikit baja. Kita tanam lada melalui keratan batangnya. Keratannya seharusnya sekurang-kurangnya 4-5 buku dan diikat pada tiang belian.
Selepas 3 tahun pokok lada akan mengeluarkan buah yang lebih matang dan berkualiti. Pada masa inilah biji lada sesuai dah dituai.

===========
LADA HITAM
===========

Untuk lada hitam, selepas penuaian, kita akan buat proses peleraian (asingkan biji daripada tangkai) menggunakan jaring secara manual.
Seterusnya kita buat penjemuran. Penjemuran mengambil masa 3 hari untuk menghasilkan lada hitam.

Kemudian, proses pengipasan – buang benda asing seperti debu-debu, tangkai-tangkai yang tak diperlukan. Yang lebih berat akan dimasukkan ke dalam “Separator”. Separator itu akan menghasilkan 2 gred iaitu; yang betul-betul berat dan kurang sedikit. Yang betul berat akan dihantar ke Lembaga Lada untuk proses peringkat kilang.

===========
LADA PUTIH
===========

Untuk Lada Putih – direndam di sungai, proses perendaman mengambil masa 10-14 hari untuk pencucian bagi menanggalkan kulit di luar dan hanya meninggalkan biji lada yang berwarna putih itu sahaja.
Lada Putih kena dijemur semula untuk 3-4 hari. Selepas kering diikuti dengan proses pengredan peringkat kebun, lada kemudiannya akan dihantar ke Lembaga Lada (MPB Malaysia Pepper Board) untuk diproses untuk menghasilkan lada berkualiti eksport.

Semoga bertemu di lain lembaran dan sila like, komen dan share sharing ini boleh memberi manfaat ilmu kepada orang lain.
Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts