Trip ke Air Terjun Susung @ EPIC ( Jurassic World of Sarawak)
JURASSIC WORLD OF SARAWAK, SUSUNG WATERFALL Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Di harap semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu. Oh ya! Lama sudah saya tidak bersiaran kan. Untuk siri perkongsian pada hari ini, saya ingin kongsikan mengenai mengenai trip saya ke Jurassic World of Sarawak iaitu ke Kampung Semban Lama dan Susung Waterfull Day 1 Trip ke Kampung Semban Lama. Dam Bengoh - 'Jurassic World of Sarawak', permata tersembunyi di Padawan. Oleh itu, jika anda ingin mencari ketenangan seperti saya dari bandar yang sibuk pada hari kerja / hujung minggu ini, mengapa tidak melawat Jurassic World of Sarawak dan biarkan keajaiban Alam semulajadi menenangkan fikiran anda!. Setelah selesai menghadiri Sesi Perasmian Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia di Semongok, saya membuat keputusan untuk terus pecut ke Begoh Dam. DAM Begoh, Muk...