Awaeang Kwasin Pengasas Jenama Nang Ori

Salam buat follower yang disayangi. Salam hormat, salam bahagia, dan salam penuh keberkatan hendaknya. Apa khabar hari ini? Diharap semuanya okey-okey sahaja ya. Tenang, hidup kena ceria selalu. 

Oh ya!  Untuk siri perkongsian pada hari ini, saya ingin kongsikan kesinambungan kisah inspirasi saya Awaeang Anak Kwasin buat follower yang saya sayangi. Untuk follower saya yang sudi membaca perkongsian saya sebelum ini, kali ini saya ingin menulis kisah saya sebagai pengasas jenama Nang Ori. 

Logo Jenam Nang Ori

Kisah Saya Sebagai Pengasas Jenama Nang Ori 

Untuk pengetahuan semua, saya adalah pengasas kepada produk jenama Nang Ori dan semua produk jenama ini dipasarkan di bawah syarikat JOEYEES TRADING sebuah syarikat 100% bumiputera yang memborong dan membekal lada hitam Sarawak sejak tahun 2016. Syarikat ini adalah syarikat milik saya sendiri. 

Saya Awaeang Anak Kwasin adalah wanita bidayuh pertama yang mempunyai lesen memborong dan mengeksport lada hitam Sarawak, komoditi terkenal dan terbaik dunia yang dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia untuk pasaran Semenanjung dan Antarabangsa. Di Sebalik Nama Nang Ori Pasti anda tertanya tanya mengenai "Nang Ori" kan? 

Ok, saya terangkan dulu mengenai nama Nang Ori atau maksud di sebalik nama Nang Ori. Nang Ori kalau dalam Bahasa Melayu Sarawak membawa maksud produk yang memang asli. Nang bermaksud "Memang" manakala Ori pula bermaksud "Asli". 

Kenapa saya memakai jenaman Nang Ori atau Memang Asli ini kerana memberi maksud Lada Nang Ori mengambil kira produk original yang betul betul produk asli yang berasal dari Negeri Sarawak.

Latar Belakang Joeyees Trading Sdn Bhd Sebelum saya meneruskan bicara, saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai syarikat yang saya bangunkan iaitu Joeyees Trading Sdn Bhd.

Pejabat pengurusan Joeyess Trading Sdn Bhd terletak di Puchong. Kami mempunyai kilang di Melaka dan pusat pemprosesan produk kami terletak di Demak laut, Sarawak yang menfokuskan pasaran export. Syarikat ini ditubuhkan bagi mengeluarkan produk dan mengeksport lada Sarawak secara pukal atau secara pembungkusan serta turut mengeluarkan pelbagai jenis produk inovasi yang yang semua berasaskan lada Sarawak.




Diantara Produk Jenama Nang Ori Lada Sarawak.



Produk Jenama Nang Ori Keluaran Joeyees Trading 

 Apakah produk produk jenama Nang Ori keluaran Joeyees Trading Sdn Bhd.

 Antara produk yang dikeluarkan ialah;
  • Biij dan serbuk Lada hitam dan lada Putih Sarawak 
  • Grinder Lada Hitam dan lada Putih Sarawak 
  • Kopi Putih Lada Hitam Sarawak/ Black Pepper White Coffee/ 
  • Teh Susu Lada Hitam Sarawak + Kurma / Black Pepper Milk Tea with Dates 
  •  Kopi Lada Hitam + Tongkat Ali / Black Pepper Coffee with Tongkat Ali 
  •  Kafe Latte Lada Hitam Sarawak + Madu/ Black Pepper Latte with Honey 
  • Gel Lada Sarawak / Black Pepper Gel - Minyak Urut Lada Hitam Sarawak / Black Pepper Massage Oil 
  •  Spray Lada Hitam Sarawak / Black Pepper Spray 
  • Pembersih Muka Jerawat dengan Pati Minyak Lada Hitam / Acne Cleanser with Black Pepper Seed Oil 
  • Gel Jerawat Pati Minyak Lada Hitam Sarawak / Ance Spot Gel with Black Pepper Seed Oil - Krim Rekahan Pati Minyak Lada Hitam Sarawak / Stretch Mark Cream with Black Pepper Seed Oil 
  • Scub Badan Pati Minyak Lada Hitam Sarawak/ Body Scrub with Black Pepper Seed Oil. 
  • Produk Makanan Berasaskan Lada Hitam dan putih Sarawak

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Produk Jenama Nang Ori Keluaran Joeyees Trading Sdn Bhd Bhd 

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk jenama Nang Ori keluaran Joeyees Trading Sdn Bhd secara walkin di outlet Nang Ori di Kuching Sentral dan Outlet Miri dan ingin mengetahui di manakah tempat yang ada menjual produk Nang Ori. 


Outlet Nang Ori di Kuching Sentral


Outlet Miri di Bangunan SEDC Miri.
Gambar Puan Awaeang bersama Leaders dan EPM Nang Ori Miri
 sempena  Program CSR Food Basket pada Musim MCO   17 OCT 2021 yang lalu




Saya senaraikan di sini antara tempat tempat yang anda boleh kunjungi bagi mendapatkan Produk jenama Nang Ori; 

- Pasaraya MYDIN 
- AEON 
- Giant 
- Lotus 
- TF Value Mart 
- Sunshine 
- LePaPa Hypermart
- Boulevart Hypermarket, Kuching 

 Anda boleh juga mendapat produk Nang Ori daripada agent-agent dan Nang Ori Home Centre berdekatan anda.

Taip Home Centre agent Nang Ori, anda boleh mendapat no telefon mereka. 

Produk Lada Sarawak Nang Ori Turut Dipasarkan Secara Atas Talian 

Selain di pasarkan melalui pasaraya pasaraya terpilih, produk Nang Ori turut di jual secara atas talian melalui platform e-dagang terkenal di Malaysia iaitu Shopee, Lazada dan juga Halal Food Master. 

Jadi kalau anda rasa berminat dan teringin mendapatkan produk produk jenama Nang Ori secara lebih mudah, anda hanya perlu klik klik sahaja platform e-dagang terpilih secara online dan dapatkan produk jenama Nang Ori dengan lebih mudah dan selamat hanya di hujung jari sahaja. 

Happy shopping! 

Jumpa Saya Lagi Di Penulisan Akan Datang Ok semua, rasanya sudah agak panjang juga saya menulis kali ini. Saya berhenti di sini dahulu ya follower semua. Untuk cerita inspirasi selanjutnya saya akan coretkan lagi melalui penulisan saya yang akan datang. 

Semoga coretan cerita saya pada kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Jumpa lagi di lembaran akan datang. Salam sayang buat semua dari saya. Have a nice day!

Comments

  1. Sangat bangga dengan pencapaian mdm. Gembira rasanya sebab dah menyertai keluarga besar NangOri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts